Karela Juice Benefits
Peria katak atau nama saintifiknya Momordica charanthia memang tidak asing lagi oleh masyarakat Malaysia. Ramai yang tidak suka memakannya kerana rasanya yang pahit. Tapi jika anda bijak memasaknya, rasa pahitnya tidak akan berapa terasa dan ia akan menjadi antara makanan yang amat berhasiat.
Peria katak sebenarnya amat kaya dengan vitamin dan zat galian. Adakah anda tahu bahawa untuk setiap 100 gram peria katak , ia mengandungi 8 gram protein (untuk membina tisu badan), 2.9 gram karbohidrat (untuk tenaga), 0.9 gram fiber (untuk penghadaman), 56 gram kalsium (untuk gigi dan tulang) serta vitamin C dan B. Disamping itu juga ia mengandungi 140 gram beta karotena (untuk pengelihatan), 6.1 mg zat besi, 10 mg fosforus dan 116mg kalium. Ketiga-tiga garam galian yang terkandung di dalam peria katak ini amat berguna untuk metabolisme dan mengekalkan fungsi badan.
Khasiat jus dan air rebusan peria katak
Mampu merawat penyakit diabetes - dipercayai dengan menjadikan ulam setiap hari sebanyak 4 ke 5 biji, ia mampu merawat diabetes. Ia juga boleh dibuat jus untuk mendapatkan khasiat yang sama.
Air rebusannya pula dipercayai boleh merawat sembelit.
Air rebusannya juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Caranya adalah dengan melumurkan air rebusan peria katak dikepala dan urut kepala selama 10 minit sebelum dibilas bersih.
Air rebusannya juga boleh dijadikan tonik yamg mampu membersihkan darah dan membantu penyakit darah tinggi.
Air rebusannya juga boleh merawat batuk dan ccirit birit.
Ia juga mampu merawat sakit mata.
Air rebusan peria katak yang dicampurkan sedikit dengan jus limau boleh mengatasi ketagihan alkohol. Amalkan meminumnya selama empat ke lima bulan untuk melihat hasilnya.
Khasiat daun peria katak
Boleh merawat penyakit buasir - Caranya adalah mencampurkan perahan daun peria katak kedalam susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akarnya pula hendaklah dihancurkan dan disapukan pada tempat buasir.
Untuk mereka yang terkena demam campak, daun peria katak yang dicampur dengan kunyit hidup dan ditumbuk boleh dijadikan ubat sapu bagi menghilangkan gatal demam campak
Untuk ibu yang menyusukan anak, amalan memakan buah peria katak ini dapat membantu menambahkan pengeluaran susu.
No comments:
Post a Comment